Kuala Lumpur- Kerajaan telah melaksanakan banyak inisiatif dan program melalui Pelan Tindakan Pembaharuan Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kawalan keselamatan dalam negara.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bagi tahun 2022 K-D-N komited untuk terus menambah baik dasar dan perundangan sedia ada membabitkan industri perkhidmatan kawalan keselamatan.
Hamzah berkata, K-D-N akan memperlihatkan penguatkuasaan dan operasi serta melaksanakan beberapa inisiatif khususnya membabitkan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta dalam negara.
Ujar beliau antara perkara yang akan dilaksanakan adalah menambah baik electronic industry management system (esims) bagi memudahkan permohonan semakan biometrik pengawal keselamatan tempatan.
Antara 8 fokus utama bagi memperkasa dan merevolusi kawalan keselamatan dan Agensi Persendirian adalah dengan meminda Akta Agensi Persendirian 1971 dengan memanjangkan tempoh lesen dari 1 tahun kepada 3 tahun.
Selain itu, Hamzah turut mahu industri kawalan keselamatan di jenama kan semula secara menyeluruh selain mahu satu akademi latihan diwujudkan dengan dilatih oleh agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasa negara seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresin Malaysia dan Rela. -TPP
Recent Comments